Teks Malam Jasamu Dikenang.
Bismillah….
Ke pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dgn alunan madah yg indah.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Illahi.
Yg diraikan Pn.Sariah Bt Said, GB SKKP,
Yg berusaha barisan pentadbir yg diketuai oleh Tn.Hj.Zainudin B Samingan ( PK Pentadbiran) Pn.Hjh.Zalilah Bt Othman( PK HEM ) Pn.Chen Yoon Kim ( PK Koku ) Pn.Norleha Bt Adam ( PK Petang ) guru-guru dan staf sokongan,
Yang dihormati YDP PIBG, Dr.Jamari B Sapuan, Naib Yang di Pertua, En.Azian B Abu Bakar, mantan YDP, En.Razhuan B Husin, serta barisan ajk PIBG SKKP .
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dgn inayahnya, dpt kita berkumpul pada malam yg cukup indah ini bagi meraikan hari-hari terakhir perkhidmatan Pn.Sariah di SK Kantan Permai. Terlebih dahulu majlis mengalu-alukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran hadirin sekalian pd malam ini.
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Sidang hadirin yg dihormati sekalian,
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada malam yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Asmunir B Abd Wahab.
Majlis dengan segala hormat mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Asmunir atas bacaan doa itu tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tidak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan Pn.Sariah Bt Said sepanjang perkhidmatan beliau di SK Kantan Permai. ( baca teks )
Hdirin yg dihormati sekalian,
Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis, jika tidak ada yang berbicara
Untuk itu, majlis diteruskan dengan ucapan wakil pentadbir yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Zainudin B Samingan, Penolong Kanan Pentadbiran , SK KP. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tn.Hj Zainudin atas ucapan itu tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Dr.Jamari B Sapuan, Yang Dipertua PIBG SK Kantan Permai untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Dr.Jamari atas ucapan itu tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn.Sariah Bt Said. Majlis dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn.Sariah Bt Said atas ucapan itu tadi.
Sidang hadirin yg dihormati sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata/cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada malam ini iaitu Pn.Sariah Bt Said..
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Pn.Sariah Saiddi untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata/cenderahati daripada staf sokongan. Diikuti oleh
wakil guru tahun 1 , tahun 2, tahun 3, tahun 4, tahun 5, tahun 6,pihak pentadbir dan PIBG SKKP.
Hadirin yg dihormati,
Jemput makan
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia/slid eyang memaparkan seba sedikit perjalanan Pn.Sariah sepanjang beliau manabur bakti di SKKP.
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia insan yg bergelar Pn.Sariah Bt Said. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Dan ianya juga akan menjadi kenang-kenangan buat semua warga SKKP yg ditinggalkan.
(nyanyi)
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
(baca)
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dlm jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budimu puan jadi kenangan.
Hadirin sekalian,
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.
Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn.Sariah Said kerana sudi untuk bersama kita pada malam yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Pn.Sariah bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Malam Jasamu dikenang ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan seandainya terkasar bahasa tersilap bicara sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.