Teks Ucapan Ketua Murid ( Hari Kanak-kanak )
Bismillahirohmanirrohim.
Terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis.
Yang dihormati Tn.Hj Abdull Razak B Mustofah, Guru Besar SKKP,
guru-guru penolong Kanan, guru-guru seterusnya rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya mewakili murid-murid SKKP mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap di pagi yang penuh berbahagia ini bersempena dengan sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.
Seperti yang telah kita sedia maklum,hari ini sangat bermakna kerana seluruh masyarakat di dunia meraikan dan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Tujuan diadakan majlis seperti ini adalah untuk memastikan pendidikan, perhatian, dan kasih sayang diberikan secukupnya kepada kanak-kanak.
Rakan-rakan sekalian,
Kita patut berasa bangga kerana guru-guru sekolah ini bertanggungjawab mendidik kita. Kita dianggap seperti anak-anak mereka yang inginkan perhatian kasih sayang. Oleh sebab itu itu, kita wajar berterima kasih dan bersyukur menjadi warga sekolah ini.
Kita beruntung tinggal di Malaysia. Sama ada kita kaya atau miskin yang hidupnya bagai wau putus tali, kita tetap diberi layanan yang saksama oleh pemerintah. Hal ini demikian kerana kita ialah generasi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan.
Namun,sewaktu kita mengecapi kegembiraan, jangan lupa orang kiri dan kanan kita. Ada lagi anak-anak yang terbiar dan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang. Jika kita berkemampuan, hulurkan tangan membantu, kerana hidup ini bagai aur dengan tebing.
Rakan-rakan sekalian,
Sejajar dengan tema Hari Kanak-kanak pada tahun ini iaitu “ Menjana Karisma Kanak-kanak”, marilah kita tanamkan tekad dan azam untuk menjadi murid yang cemerlang agar kelak menjadi generasi yang berdaya saing, kreatif dan inovatif. Sayangilah ibu bapa, guru-guru, negara dan mereka yang telah berjasa kepada kita.
Rakan-rakan sekalian,
sebelum mengundur diri, saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun.
Tinggi sungguh pohon sena,
Dapat dipanjat si tubuh sasa,
Hari Kanak-kanak amat bermakna,
Tanda ingatan orang dewasa.
Dapat dipanjat si tubuh sasa,
Hari Kanak-kanak amat bermakna,
Tanda ingatan orang dewasa.
No comments:
Post a Comment