HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2011
Bismilahirohmanirrohim....
Yang Berbahagia YDP PIBG , Dr Jamari B Sapuan, Yang Berusaha Guru Besar SK Kantan Permai, Tn Hj Abdull Razak B Mustofah, Naib Yang Dipertua, En.Azian B Abu Bakar, barisan guru-guru penolong kanan yang diketuai oleh Tn Hj Zainudin Samingan selaku Pen.Kanan Kurikulum dan pentadbiran, PK HEM Pn.Hjh Zalilah Bt Othman, PK Kokurikulum Pn Chen Yoon Kim, PK Petang Pn Norleha Bt Adam, guru-guru, barisan ajk PIBG, Yang Dihormati para ibu bapa , seterusnya murid-murid SK Kantan Permai.
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu, majlis mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri khasnya kepada YDP PIBG, Dr Jamari B Sapuan di atas kesudian menerima jemputan ke majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid dan Graduasi Prasekolah 2011, meskipun banyak lagi tugas dan komitmen lain yang menanti. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha murni kita semua diberkati Allah swt. Insyaallah..
Hadirin yang dimuliakan,
Tirai majlis.. kita mulakan dengan bacaan doa bagi merafak kesyukuran kehadrat Ilahi agar majlis berlangsung dengan penuh keberkatan. Untuk itu, majlis mempersilakan Al-fathil Ustaz Asmunir B Abd Wahab untuk memimpin bacaan doa. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Asmunir B Abdul Wahab atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Guru Besar SK Kantan Permai, Tn Hj Abdull Razak B Mustofah. Majlis dengan segala hormat mempersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Abdull Razak B Mustofah atas ucapan beliau sebentar tadi.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berbahagia YDP PIBG SKKP, Dr Jamari B Sapuan, untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Murid dan Graduasi Prasekolah 2011. Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yg Berbahagia, Dr Jamari B Sapuan atas ucapan perasmian sebentar tadi.
( HAMIDAH )
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebelum kita meneruskan acara pada pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan nasyid oleh murid tahun 5 yang diketuai oleh __________________. Dengan gabungan dua buah lagu bertajuk __________________________________________ dipersilakan, kumpulan nasyid SKKP.
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan nasyid yang telah membuat persembahan sebentar tadi. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, kumpulan nasyid itu tadi telah dibimbing oleh Ustaz Roslan dan Ustaz Asmunir.
Bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan tarian zapin yang akan dipersembahkan oleh murid-murid tahun 3. Majlis dengan hormat mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan tarian zapin yang dianggotai oleh 8 orang murid tahun 3 itu tadi. Persembahan tarian zapin itu tadi telah mendapat sentuhan kreatif oleh Pn.Fatimah dan Pn.Norhamidah.
( ROHAIZAD )
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Kini tibalah masa untuk penyampaian hadiah dan sijil kepada murid-murid SKKP yang telah mencipta kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun ini. Acara graduasi prasekolah akan membuka tirai penyampaian hadiah pada pagi ini. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan hormat mempersilakan PK HEM Pn.Hjh Zalilah Bt Othman untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid-murid prasekolah SKKP.
Dimulakan dengan Prasekolah Anggun Bestari....dipersilakan...( 24 orang )
Seterusnya Prasekolah Ceria Bestari ...dipersilakan.... ( 25 orang )
Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah Terbaik Mata Pelajaran (Prasekolah). ( 14 orang )
Diteruskan dengan kategori Hadiah Terbaik Keseluruhan M. Pelajaran (Prasekolah).
Pertama....( 4 orang )
Hadiah Terbaik Kehadiran (Prasekolah) - ( 2 org )
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kpd Pn Hjh Zalilah kerana sudi menyampaikan hadiah kepada murid-murid prasekolah itu tadi.
( AZIZAH )
Para hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil bagi murid yang telah mendapat keputusan terbaik dalam mata pelajaran. Untuk itu, majlis mempersilakan AJK PIBG __________________________ bagi menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Penyandang Hadiah Terbaik Dalam M.Pelajaran B.Melayu Pemahaman Tahun 1... dipersilakan....( 63 org )
Terima kasih diucapkan kepada __________________________ kerana sudi menyempurnakan acara.
( MIDAH )
Sidang hadirin yg dihormati sekalian,
Kategori seterusnya ialah penyampaian Hadiah Terbaik Dalam Aliran, Pengawas Pusat Sumber dan pengawas sekolah cemerlang serta tokoh murid SKKP 2011. Untuk itu, majlis mempersilakan YDP PIBG Dr.Jamari B Sapuan utk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. ( 63 org )
( ROHAIZAD )
Hadirin yg dimuliakan,
Bagi menghangatkan lagi majlis kita pd pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan ulik mayang oleh murid-murid tahun 5. Persembahan ini telah mendapat bimbingan daripada Pn.Che Roslina Bt Che Omar. Tanpa melengahkan masa lagi, ayuh kita saksikan persembahan ulik mayang. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kpd kumpulan murid tahun 5 yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Seterusnya, kita saksikan persembahan terakhir pd pagi ini iaitu persembahan tarian bollywood oleh murid-murid tahun 6. Dengan iringan lagu yg bertajuk _______________ , saksikanlah tarian bollywood. Dipersilakan....
T.Kasih diucapkan kepada murid-murid yg telah mempersembahkan tarian itu td. Utk makluman hadirin sekalian tarian itu telah mendapat bimbingan daripada Pn.Manoranjini a/p Sandaraj.
( ZIZAH )
Hadiri sekalian,
Kita teruskan acara dengan penyampian hadiah dan sijil bagi kategori Peningkatan Dalam Kelas. Untuk itu, majlis dengan hormat mempersilakan PK Kurikulum dan Pentadbiran, Tn Hj Zainudin B Samingan untuk menyempurnakan acara.
- Teruskan dgn hadiah kedudukan terbaik dlm kelas thn 1 ( 68 org )
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Zainudin kerana sudi menyampaikan hadiah.
( MIDAH )
Seterusnya majlis dengan hormat mempersilakan GB SKKP, Tn Hj Abdull Razak B Mustofah untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada murid. Majlis dgn hormat mempersilakan.
- Sambung dr hadiah kedudukan terbaik dlm kelas thn 2.
- Hingga selesai ( 99 org )
T.Kasih diucapkan kpd GB kerana telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu td. Tn Hj diminta terus berada di atas pentas untuk acara berikutnya.
Menjadi adat orang melayu, orang berbudi kita berbahasa. Sebagai mengenang jasa dgn rasa besar hati serta ucapan terima kasih, majlis mempersilakan Dr.Jamari B Sapuan naik ke pentas untuk menerima cenderahati daripada pihak sekolah. Dgn hormat dipersilakan.
Ribuan t.kasih diucapkan kepada Dr Jamari kerana sudi meluangkan masa bersama kami bg merasmi dan memeriahkan majlis pd pg ini. T.Kasih juga diucapkan kpd Tn Hj Abdull Razak kerana sudi menyampaikan cenderahati.
( ROHAIZAD )
Para hadirin yg dihormati sekalian,
Tirai acara kita telahpun sampai ke penghujungnya. Kami bg pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan majlis pada hari ini.
( ZIZAH )
Sepuluh jari disusun bg memohon kemaafan jika terkasar bahasa, tersilap bicara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
( HAMIDAH )
Sebelum bersurai, saya sudahi dengan serangkap pantun.
Kalau ada jarum yg patah,
Banyak kain tidak berjahit,
Kalau ada silap dan salah,
Jgn jadikan kenangan pahit.
Sekian, wabillahitaufikwalhidayah…
( ROHAIZAD )
No comments:
Post a Comment